Monday, September 29, 2014

Demise of Bro John Emmanuel D'angelus, former General Secretary of the National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers Peninsular Malaysia [NUHBRW].

MALAYSIA:::Bajet 2015: Naik gaji saja tidak cukup

Presiden Cuepacs Azih Muda memberitahu sedang melobi kerajaan untuk mendapatkan lebih daripada kenaikan gaji kakitangan awam ketika ditemubual, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 29 September, 2014.




















Presiden Cuepacs Azih Muda memberitahu sedang melobi kerajaan untuk mendapatkan lebih daripada kenaikan gaji kakitangan awam ketika ditemubual, baru-baru ini.

Kakitangan kerajaan sedang melobi kerajaan untuk lebih daripada sekadar kenaikan gaji menjelang Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan kerana mereka risau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, sekian lama mendesak kerjaan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk membantu mereka yang dalam kategori berpendapatan rendah di bawah RM3,000.

MALAYSIA:::Silap kementerian punca 2.9 juta pekerja asing tiada dokumen, kata MTUC

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N Gopal Krishnan ketika ditemubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 28 September, 2014.Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) N Gopal Krishnan ketika ditemubual bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini. 















Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyalahkan kekurangan penyelarasan antara Kementerian Dalam Negeri dan Sumber Manusia menyebabkan sebilangan besar pekerja asing tanpa izin berada di negara ini.
Setiausaha Agungnya N Gopal Kishnan berkata keadaan itu sebagai "tangan kanan tidak tahu apa yang tangan kiri lakukan".
 "MTUC dan kesatuan lain berkali-kali menimbulkan perkara ini kepada pihak berkuasa tetapi ia jatuh pada telinga yang pekak,"